No posts.
No posts.

IMEJ GLOBAL KUALA LUMPUR:

KAJIAN PERSEPSI PENGUNJUNG KE ATAS TAHAP KEEFISIENAN DI BUKIT BINTANG

PATHMA A/P SUBRAMANIAM (A111638)

NURAISYAH BINTI ABDUL LATIB (A113201)

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT KURSUS GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NEGARA

KURSUS GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN NEGARA

PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI, SELANGOR

2008

1.0 PENGENALAN

Menurut Frederick Winslow Taylor(1890), keefisienan adalah satu dimensi major yang progresif pada era 1980-an. Pengamal keefisienan banyak berhujah tentang aspek ekonomi, kemasyarakatan, ketercapaian maklumat dan kerajaan yang di pengaruhi oleh material yang berlebihan dan ketidakefisienan. Manakala imej sesuatu bandar tidak dibina untuk perseorangan, tetapi untuk menampung satu populasi besar manusia yang merangkumi pelbagai latarbelakang, pekerjaan, taraf hidup dan kepercayaan atau pegangan. Imej Kuala Lumpur dalam tahap keefisienannya di Bukit Bintang dapat dilihat dengan pembangunan terseragam indah dan reka bentuk bangunan yang eksotik dan kawasan yang tidak pernah mati dengan kehidupan manusia. Sememangnya sesebuah bandar yang efisien memerlukan ia sentiasa berfungsi dari segi perkhidmatan dan kemudahan tanpa mengira waktu, tetapi disebalik keefisienan itu terdapatnya ketidakefiesienan yang berlaku di Bukit Bintang antaranya pusat-pusat hiburan yang menyediakan khidmat pelacuran, atau pelacur-pelacur yang sentiasa bergentayangan mencari pelanggan di sekitar Bukit Bintang, penjaja-penjaja yang tidak berlesen dan menipu pengunjung dan perobohan Bukit Bintang Girl’s School yang telah tenggelam dengan pembangunan pesat pusat komersial Bukit Bintang. Justeru itu kertas ini membicarakan tentang topik imej global yang di persembahkan oleh Kuala Lumpur dengan melihat persepsi pengunjung keatas tahap keefisieanan Bukit Bintang.

1.0.1 Keefisienan Imej Bandaraya Global

Menurut Syarahan Umum oleh Morshidi Sirat (2002), seperti yang di perkenalkan oleh Sassen, Bandaraya Global pada hakikatnya merupakan pusat perdagangan dan perbankan antarabangsa yang sedia terkenal sebelum era globalisasi. Ruang geografi dan intergrasi global yang diserakkan telah memperkenalkan peranan baru yang startegik kepada bandar-bandaraya yang berada pada kemuncak hierarki bandaraya dunia. Proses globalisasi aktiviti ekonomi telah memperkenalkan empat fungsi yang strategik, yang pertama ialah sebagai sebuah pusat kawalan organisasi ekonomi dunia yang terunggul, yang kedua ialah merupakan lokasi utama firma perancangan dan perkhidmatan termaju seperti perakaunan, pengiklanan, insurans, perundangan, perundingan pengurusan dan hartanah. (menggantikan pembuatan sebagai sektor utama) manakala yang ketiga ialah sebagai tapak pengeluaran, termasuk penghasilan inovasi dalam industri utama, dan yang terakhir sebagai pasaran bagi produk dan inovasi yang dihasilkan.

Perubahan fungsi bandaraya seperti di atas telah menghasilkan transformasi yang begitu ketara dalam aktiviti ekonomi antarabangsa dan bentuk bandaraya terbabit (Sassen 1991). Maka muncullah kategori bandaraya global pada ketika ini yang terdiri daripada tiga bandaraya utama, iaitu London, New York dan Tokyo. Berdasarkan takrif Sassen 1991 dan pengkaji-pengkaji lain seperti Shachar, Mollenkopf dan Castells, aktiviti yang mengarahkan aktiviti arah dan kawal sesebuah bandaraya ialah lokasi ibu pejabat firma transnasional, institusi antarabangsa, perkhidmatan perniagaan, daya sampaian pengangkutan, saiz penduduk, kemudahan penyelidikan, pendidikan, serta berfungsi sebagai persidangan dan pameran. (Morshidi Sirat 2002).

Dari segi teorinya, apabila proses perindustrian berlalu, dan kawasan metropolitan mula memperlihatkan masalah-masalah yang berkaitan dengan perumpamaan yang melampau aktiviti ekonomi dan kependudukan, aktiviti pembuatan mula berpindah keluar dari kawasan metropolitan. Galakan kerajaan diperkenalkan sebagai daya tarikan kepada pelabur supaya melakukan operasi pengeluaran di bandar-bandar bersaiz pertengahan dan kawasan pinggir. Hal ini dipermudahkan lagi dengan perluasan sistem komunikasi dan pengangkutan.

Perkembangan dapat dilihat pada tahap yang amat baik pada tahun 1990-an. Pengaruh proses globalisasi, khususnya globalisasi ekonomi telah memulakan proses memartabatkan semula bandaraya besar dan penonjolan peranan aglomerasi ekonomi di bandaraya. Proses globalisasi yang melibatkan gabungan tabulan aktiviti ekonomi dalam ruang geografi dan integrasi sistem yangmenjadi nadi atau tunjang pada era ekonomi global (Sassen 1994) telah memainkan peranan penting dalam proses memartabatkan semula bandaraya.

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah dipilih adalah merupakan sebuah tempat yang amat dikenali ramai dengan bentuk fizikalnya yang eksotik dan bercirikan global, dengan erti kata lain keefisienan Kuala Lumpur di kawasan Bukit Bintang. Bahawa dengan itu, kawasan kajian pengkaji ialah Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.

1.1.1 Keefisenan Kuala Lumpur

Kawasan Kuala Lumpur yang begitu ketara perubahan fizikalnya ialah Kawasan Perancangan Pusat, iaitu Pusat Bandar Raya yang baru bagi Kuala Lumpur sebagaimana yang ditafsirkan oleh Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 sebagai sebuah bandaraya yang efisien dan mampu memberikan imej global yang baik.

Pesatnya pembangunan bandaraya adalah sebahagian daripada gambaran realiti globalisasi aktiviti ekonomi yang didorong oleh aliran masuk modal. Penjelasan Harvey 1985,1987) tentang sebab-sebab aliran masuk yang sedemikian serta langkah seterusnya untuk meningkatkan persaingan releven dalam menjelaskan trend semasa di Kuala Lumpur.

Penjelasan yang paling sesuai yang menerangkan bahawa Kuala Lumpur melibatkan dirinya dalam persaingan sebagai pusat consumption dan juga pengeluaran (Morshidi dan Suriati 1999). Dua bentuk persaingan tersebut seperti yang diterangkan telah menghasilkan perubahan ruang khususnya di Kawasan Perancangan Pusat. Jumlah komplek membeli belah dan retailtainment yang muncul di dalam Kawasan Segi Tiga Emas dalam Kawasan Perancangan Pusat ialah bukti keadaan ini, termasuklah kawasan Bukit Bintang.

1.1.2 Bukit Bintang

Jalan Bukit Bintang merupakan kawasan membeli-belah tertua di Kuala Lumpur. Bermula dari Marrito Hotel hingga ke persimpangan Jalan Sultan Ismail. Jalan panjang ini terdiri daripada pelbagai kedai kopi mewah. Kompleks membeli-belah iaitu Lot 10, Sungei Wang Plaza, BB Plaza, Imbi Plaza, KL Plaza dan Starhill Plaza. Kesemua kompleks ini menjual pelbagai barangan daripada pakaian yang berjenama hingga ke barangan elektronik yang berharga murah dan perisian komputer. Pada musim jualan murah, harga jatuh dengan drastik sehingga 70 % menyebabkan dikunjungi oleh orang ramai. Kawasan yang sentiasa hidup di bintang walk digelar sebagai “golden miledi Kuala Lumpur. Pada zaman selepas peperangan kawasan ini merupakan kawasan hiburan yang terkenal di Kuala Lumpur. Bintang walk dipenuhi oleh pelbagai kedai seperti kafe, restoran, hotel, butik, kedai serbaneka dan kedai hiburan yang berdekatan satu sama lain. Kesemua tarikan ini terletak di tengah-tengah kawasan komersial kota yang dikenali sebagai Golden Triangle.

Banyak kunjungan diperolehi daripada warga kota mahupun warga asing terutamanya pada waktu malam disepanjang Jalan Sultan Ismail pada hujung minggu. Antara kawasan tarikan utama disini ialah Beach Club, Emporium, Modesto’s and Nuvuo. Pembangunan terbaru di sini ialah kewujudan kompleks hiburan yang besar iaitu Twelvesi yang terdiri daripada kelab menari dan restoran. Di tengah-tengah Golden Triangle terletaknya Lot 10. Lot 10 ini terletak di kawasan yang amat strategi dengan pelbagai kemudahan dan beberapa pintu utama untuk kemudahan pengujung. Lokasi ini bertambah strategi dengan terletaknya Stesen KL Monorail disebelahnya.

Jikalau, Jalan Chow Kit terkenal dengan kegiatan pelacuran yang terdiri daripada kaum Melayu, kawasan Bukit Bintang pula terkenal untuk orang China. Kegiatan pelacuran di sini tidak lagi seperti masa lalu dimana pelacur terpaksa jalan-jalan mencari pelagannnya. Kini, pelacur yang berpakaian aggun datang dengan kereta mewah ke tempat yang telah diuruskan oleh mak ayam. Pada awal tahun 1950 an, para pengunjung boleh berhibur dengan tarian penari wanita berkebaya dengan hanya bayaran sebanyak 50sen dan berduet dengannya untuk 25 sen. Manakala kegiatan para pelanggan dapat khimat pelacur dengan RM 8.

Bukit Bintang boleh dibahagi kepada dua kawasan yang berbeza dari segi kehidupan. Kawasan yang dekat dengan Jalan Raja Chulan merupakan kawasan perumahan mewah dan mempunyai perwatakan yang baik. Manakala kawasan yang berdekatan dengan Jalan Imbi merupakan kawasan hitam yang terkenal dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral. Kawasan inilah yang banyak menerima kunjungan para pelawat Jalan Bukit Bintang.

Penduduk awal di Bukit Bintang adalah Kaum Melayu Kerinchi. Mereka membuka kawasan ini dengan mencucuk tanaman seperti pisang, tebu dan sirih. Pada awal 1930an kawasan ini masih belum dibangunkan. Kawasan ini juga dikenali sebagai Bukit Kopi pada masa itu kerana terdapat penanam kopi dikawasan sekitar. Kawasan ini mula dibangunkan pada tahun 1950 an dengan beberpa pembinaan seperti Capitol Hotel, Federal Hotel dan sebagainya. Dengan peredaran masa, banyak bangunan berkonsepkan kehidupan mewah dan dunia hiburan berkembang di sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Pada hari ini, Bukit Bintang merupakan kawasan hiburan dan membeli-belah yang paling terkenal di kawasan dari kawasan lamanya iatu Sungai Wang hingga ke Kawasan barunya iaitu Berjaya Times Square. Bukit Bintang juga menyediakan pengamalan menikmati hidangan makanan di luar kepada para pengujung. Satu lagi kelebihannya Bukit Bintang ialah restoran makanan segera yang terkenal iaitu Mcdonalds dibuka pertama kalinya di Malaysia disini.

Sekarang, kawasan Bukit Bintang adalah sebuah tempat yang sibuk dengan kawasan membeli-belah, hotel-hotel terkenal dan pelbagai restoran yang eksotik. Konsep Bintang Walk adalah hasil daripada salah satu streetscape yang telah wujud dalam bentuk bangunan moden yang berhawa dingin untuk melepaskan lelah untuk sementara waktu bagi pengunjung yang datang. Oleh itu dengan kesibukan dan keriuhan Jalan Bintang Walk telah memberi nadi dan nafas yang segar melalui makanan dan tempat-tempat hiburan.

Unjuran Bintang Walk adalah sepanjang satu lengkung daripada kawasan Jalan Sultan Ismail, Lot 10 iaitu kawasan membeli-belah terus ke hotel-hotel dan blok-blok pejabat yang menunjukkan bahagian Bukit Bintang yang lebih elegent. Tempat pejalan kaki yang dibuat luas merangkumi pelan terbuka dengan meletakkan kafé-kafe di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan yang subur, apatah lagi lampu yang terang pada waktu malam yang digunakan oleh peniaga-peniaga bagi menimbulkan suasananya yang khas. Ia adalah hasil rekaan yang dibina oleh Dewan Bandar Kuala Lumpur dengan usaha sama YTL Group dalam merekabentuk pembangunan dan pelan induknya.

1.2 ISU-ISU UTAMA KAWASAN BUKIT BINTANG

Bandaraya global seharusnya mempunyai empat fungsi yang strategik seperti yang dikatakan oleh Sassen 1998. Sebagai bandar raya ulung dan ibu kota sebuah negara yang mempunyai ekonomi berorientasikan perdagangan serta berhasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020, wawasan, matlamat, fungsi dan pertumbuhan Kuala Lumpur harus dilihat daripada perspektif global yang lebih luas, khususnya dalam konteks pertumbuhan di Rantau Asia Pasifik.

Oleh kerana itu, Bandaraya Kuala Lumpur kawasan Segi Tiga Emas telah dipilih untuk diselidik dari segi keefisienannya dalam menyampai mesej imej global terutama sekali di Jalan Bukit Bintang. Imej yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti layanan dan khidmat pelanggan secara efisien yang di berikan oleh komuniti atau peniaga di Jalan Bukit Bintang dari segi samaada sifat yang saksama atau adil kepada pelancong tempatan dan pelancong asing atau berlakunya ‘bias’ terhadap pelancong asing berbanding pelancong tempatan.

Selain dari itu, imej global yang lain dapat di lihat di Kuala Lumpur adalah dengan adanya kemudahan fasilitis yang baik dan moden untuk kegunaan orang ramai seperti, bank, kompleks membeli-belah, tempat-tempat hiburan, hotel-hotel, pengangkutan awam dan juga restoran- restoran yang bertaraf antarabangsa di sepanjang Jalan Bukit Bintang tidak lupa juga papan-papan tanda yang memandu arah kepada pelancong yang datang. Dari segi ini, imej yang akan dikaji adalah berdasarkan kepenggunan secara menyeluruh segala kemudahan fasilitis di situ oleh pelancong yang datang serta para peniaga yang beroperasi di kawasan tersebut secara efisien.

Setiap bandaraya di mana-mana negara akan menjaga keselamatan sosial mereka dengan tahap yang dapat dibanggakan ini juga telah dilakukan di Jalan Bukit Bintang yang sentiasa meletakkan pondok polis kecil di sepanjang Jalan Bukit Bintang. Dengan itu, imej yang diselidik dalam konteks keselamatan sosial di Jalan Bukit Bintang adalah dengan melihat faktor kadar jenayah yang sering berlaku di Jalan Bukit Bintang dan gangguan sosial seperti peminta sedekah, penjaja tanpa lesen dan sebagainya serta mengenalpasti faktor-faktor yang mampu menghalang terjejasnya keselamatan sosial di Jalan Bukit Bintang secara efisien.

Bandaraya yang bertaraf imej global mampu memenuhi segala desakan globalisasi yang membantu komoniti, pelancong dan peniaga di kawasan Jalan Bukit Bintang dengan membina teknologi maya. Imej global dari segi desakan globalisasi yang dimaksudkan adalah dengan teknologi telekomunikasi global seperti gelombang telefon (phone coverage) yang memuaskan dan Wi-Fi yang dapat melayari Internet dimana saja komuniti, pelancong dan peniaga berada di sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang tersebut.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini diperincikan kepada beberapa soalan berdasarkan objektif utama di dalam kerangka kertas kerja meliputi skop untuk memperihalkan keefisienan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya global dari segi imej global yang disampaikan dengan berfokuskan di kawasan Segi Tiga Emas iaitu Bukit Bintang.

i. Mengenalpasti kawasan Bukit Bintang yang dapat memenuhi segala desakan globalisasi terhadap pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut.

ii. Mengenalpasti komponen yang dapat mempengaruhi keefisienan dan imej global di kawasan Bukit Bintang iaitu:

a) Melihat layanan atau khidmat pelanggan yang dapat mengambarkan imej global di Bukit Bintang.

b) Melihat tahap kepenggunaan fasilitis yang ada di Bukit Bintang dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna.

c) Memerhati tahap keselamatan sosial di Bukit Bintang.

1.4 KAEDAH KAJIAN/METODOLOGI

1.4.1 Pemilihan Kawasan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian yang merupakan antara pusat komersial dan antarabangsa di Kuala Lumpur.

Kaedah Pengumpulan Maklumat Primer dan Sekunder.

1.4.2 Kaedah Pengumpulan Data

Responden diambil atau dipilih secara rambang yang terdiri daripada pengunjung tempatan, pengunjung antarabangsa dan peniaga di kawasan Bukit Bintang, sebagai subjek kajian. Pengkaji juga berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain seperti restoran dan juga kafe untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan responden sewaktu mereka sedang berniaga dan bekerja.

Pengkaji menggunakan borang soal selidik dan kaedah temu bual untuk mengumpul data dan maklumat primer. Pemerhatian turut dilakukan beberapa kali di Bukit Bintang dalam proses mengumpul maklumat.

(a) Soal Selidik

Melalui cara ini, pengkaji telah menyiapkan terlebih dahulu soalan di dalam satu borang untuk diisi oleh responden. Soalan-soalan adalah hal yang berkaitan dengan aspek imej global di Bukit Bintang.

(b) Temubual

Temubual dibuat dengan cara menemubual pengunjung tempatan, pengunjung antarabangsa, pegawai polis, pegawai DBKL dan pengurus peniagaan seperti hotel dan kafe-kafe bagi mendapatkan maklumat tambahan selain soal selidik yang dilakukan.

(c) Pemerhatian

Kaedah ini merupakan kaedah sampingan sebelum membuat rangka soalan bagi tujuan apakah yang perlu ditanya dan menambahkan lagi maklumat secara pemerhatian turut serta dalam menganalisis data.

Selain itu sumber sekunder juga diambil dari Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pegawai yang menjaga kawasan Bukit Bintang, Balai Polis Dang Wangi serta rujukan ilmiah di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Negara.

(a) Rujukan

Rujukan yang berbentuk data sekunder dari pihak yang berkenaan dengan kajian yang dijalankan terkandung dalam konstruk yang telah dipilih seperti perpustakaan, surat khabar, pamplet dari pusat pelancongan Kuala Lumpur, internet, Balai Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kaedah-kaedah ini difikirkan releven dan sesuai dengan isu kajian yang dipilih bagi mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan dalam mengupas permasalahan yang diutarakan dengan memilih 40 orang responden di kawasan Bukit Bintang.

1.5 BATASAN KAJIAN

Sewaktu menjalankan kajian ini, pengkaji menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu tempoh penyelidikan yang agak pendek yang sukar untuk dinilai dengan hanya beberapa kali sahaja pemerhatian, pengamatan dan turut serta di kawasan yang dikaji dan nilai cerapan yang mampu di capai oleh pengkaji. Kerjasama juga agak lambat diberikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam memberikan maklumat terperinci kepada pengkaji terutama yang berkaitan dengan maklumat personal dan data dalaman.

Selain itu, kemungkinan juga maklumat yang diberikan oleh responden terutamanya responden dari peniaga adalah bias, tidak telus dan kurang memberi kerjasama dalam menjawab soalan-soalan yang disediakan, menyebabkan data tidak dapat dilengkapkan dengan sepenuhnya bagi mendapatkan hasil keputusan yang baik, dengan alasan tidak mempercayai kepada pengkaji yang menjalankan kajian ini adalah penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia walaupun telah dibuktikan. Ini berkemungkinan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan tertentu.

Kekangan yang telah dihadapi adalah antaranya, kurangnya pengkajian terhadap kawasan Bukit Bintang oleh pengkaji-pengkaji lain telah menyebabkan ketepatan dari segi maklumat yang berunsur perubahan dan pembangunan di kawasan Bukit Bintang adalah agak kabur untuk di analisiskan kerana tumpuan kajian adalah untuk memperihalkan keefisienan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya global dari segi imej global yang disampaikan dengan berfokuskan di kawasan Segi Tiga Emas iaitu Bukit Bintang. Selain dari itu, kajian ini berfokuskan kepada bidang yang dikaji sahaja.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Keefisienan sesuatu bandar dilihat secara menyeluruh iaitu dari segi luaran dan dalaman rekabentuk bandar. Sesuatu bangunan itu akan digunakan semaksimum untuk tujuan-tujuan tertentu seperti, perniagaan, pelancongan dan perhotelan (Leicester City Council 2002).

Sebagai sebuah wilayah bandaraya yang termaju di Malaysia, Kuala Lumpur tersohor dengan kewujudan kompleks hotel dn membeli belah ternama. KLCC merupakan sebauh kompleks yang bersifat serba lengkap bercirikan ’city-within-a-city’ dan merupakan salah satu pembangunan hartanah terbesar dunia (Hamzah Jusoh 2006).

Tambahan lagi, Kuala Lumpur ada sekurang-kurangnya 19 buah kompleks membeli-belah yang moden dan canggih. Antara kompleks membeli-belah yang tersohor di rantau ini seperti Suria KLCC, Mid Valley Megamall, Starhill, Sunway Pyramid dan Berjaya Times Square yang meletakkan pelbagai pasaraya dan kedai ternama serta berjenama berperingkat serantau dan antarabangsa. Selain kompleks membeli belah, Kuala Lumpur juga terkenal dengan kemewahan-kemewahan beli belah yang unik seperti Petaling Street, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bintang Walk (Hamzah Jusoh 2006).

Bintang Walk adalah sebahagian kawasan di Jalan Bukit Bintang yang menggambarkan keinginan dan aspirasi budaya consumption Kuala Lumpur. Kawasan Bukit Bintang ini dikatakan agak terbiar sebelum YTL Group menukar wajah kawasan ini pada tahun 1999. Projek mengimej semula kawasan ini untuk memenuhi selera warga kota dan pelancong dalam dan luar negara memakan masa hanya enam bulan selepas persetujuan oleh Perdana Menteri Kehadiran Grappa, Coffe Bean, Starbuck, hotel lima bintang menjadikan kawasan ini sekarang sibuk hingga awal pagi (Morshidi Sirat 2002). Oleh kerana itu, dengan peredaran masa Bukit Bintang Girl’s School (BBGS) mula dikelilingi oleh aktiviti-aktiviti komersial, perhotelan dan hiburan. Nilai tanah yang begitu tinggi di Kawasan Segi Tiga Emas ini telah mengancam kehadiran BBGS. Akibat tekanan pembangunan tapak, BBGS seterusnya telah bertukar kegunaanya kepada komersial bertujuan meluaskan lagi transformasi Bukit Bintang sebagai sebuah pusat consumtion Kuala Lumpur (Morshidi Sirat 2002).

Hasil keputusan kajian lepas tentang pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur didapati bahawa Kuala Lumpur sentiasa bersedia untuk menjadi sebuah bandaraya global. Pelbagai pembangunan dan kemajuan telah di bina di kawasan tersebut bagi memenuhi tuntuan globalisasi. Justeru itu pengkaji ingin mengamati dan menyelidiki tahap keefisienan bandaraya itu dengan imej global yang ditonjolkan.

2.1 METODOLOGI KAJIAN

2.1.1 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam menyempurnakan kertas projek ini, kaedah pengumpulan data diperolehi melalui dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Dalam meneliti kajian, data primer diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Data-data juga diperolehi melalui pemerhatian di lapangan, khususnya dalam menilai peranan Kuala Lumpur sebagai badan bertanggungjawab untuk menonjolkan identiti atau imej Bukit Bintang yang global. Tambahan lagi, maklumat serta data diperolehi dari soal selidik yang dilakukan ke atas 40 orang responden iaitu 15 orang responden pengunjung tempatan, 15 orang responden pengunjung antarabangsa dan 10 orang responden peniaga yang dijadikan sebagai sampel kajian.

Data sekunder pula diperolehi melalui bahan-bahan bertulis di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Negara yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam memperolehi maklumat secara sekundernya. Kaedah ini dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas serta membantu untuk menjadikan panduan menulis ketas projek ini.

2.1.2 Penganalisaan dan Persembahan Data

Dalam kajian mengenai imej global di kawasan Bukit Bintang ini hampir sebahagian maklumat diperolehi dari borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden dikumpul dan disembahkan dalam bentuk data, peratusan dan penghuraian diskriptif.

Di dalam kajian ini, semua data yang berbentuk angka telah dianalisa menggunakan sistem Statictical Package for Social Science (SPSS) dan berpandukan analisa tersebut, jadual dan rajah yang releven telah dihasilkan bagi membuktikan kajian secara deskriptif.

3.0 ANALISIS PENGARUH KEEFISINAN BANDAR DALAM MENJANA IMEJ GLOBAL

3.1 PENDAHULUAN

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya dalam proses globalisasi. Proses ini merupakan punca perubahan di bandaraya dan bandaraya memudahkan proses itu. Justeru itu, satu kawasan telah dipilih bagi melihat pergerakan proses globaisasi iaitu Bukit Bintang. Jika dilihat dari analisis borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelancong tempatan dan antarabangsa serta peniaga, majoritinya dari mereka mengkategorikan kawasan Bukit Bintang ini sebagai sebuah tempat yang dalam proses untuk mencapai tahap bandaraya global dari segi imej yang ditampilkan oleh Kuala Lumpur umumnya dan Bukit Bintang khususnya bagi memerihalkan mengenai imej global Kuala Lumpur ke tahap yang efisien di Bukit Bintang.

3.2 MAKLUMAT UMUM ANALISIS KAJIAN

Secara umumnya, untuk mengkaji isu yang dikemukakan ini, pembolehubah-pemboleh ubah seperti layanan dan perkhidmatan pelanggan, kepenggunaan fasilitis, keselamatan sosial dan desakan globalisasi akan dilihat dan dianalisiskan berpandukan keputusan secara jelas bagi menilai tahap imej global Kuala Lumpur yang telah dijalankan ke atas persepsi pengunjung ke atas tahap keefisienan di Bukit Bintang.

3.2.1 PENGUNJUNG TEMPATAN DI BUKIT BINTANG

Umur Responden

Umur

Bilangan

Peratus (%)

18 - 25

8

53.3

26 - 35

3

20

36 - 45

1

6.7

Tiada Data

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Daripada graf dan jadual di atas dapat diperincikan bahawa separuh daripada responden adalah terdiri daripada kalangan remaja dalau usia 18 – 25 tahun, iaitu yang terdiri daripada penuntun di pelbagai institusi dan bekerja di kawasan Bukit Bintang. Ini menunjukkan bahawa di kalangan pengunjung tempatan yang suka untuk datang ke Bukit Bintang ialah di kalangan remaja. Seperti yang di ketahui umum, Bukit Bintang adalah salah sebuah tempat hiburan di bandaraya Kuala Lumpur. Apatah lagi setiap hujung minggu remaja-remaja ini sering membuat pertunjukan di depan Maybank di Jalan Bukit Bintang. Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka ialah dengan Brad-dance, Shuffle, Hip-Hop Dance dan aktiviti seperti bermain alat muzik di dalam satu kumpulan serta menari bersama pengunjung yang datang melihat.

Selain itu, banyak pusat-pusat hiburan seperti The Ship, Planet Hollywood, Lecka-lecka di kawasan Jalan Bukit Bintang serta Aloha, Beach, Zouk, Modesto’s, Hard Rock CafĂ©, Rum Jungle dan Club Med yang berhampiran dengan Jalan Bukit Bintang. Jika dilihat dari segi imej global, Bukit Bintang masih tidak dapat menarik perhatian terutamanya kepada golongan 36 tahun ke atas bagi pengunjung tempatan.

3.2.2 PENGUNJUNG ANTARABANGSA DI BUKIT BINTANG

Umur Responden

Umur

Bilangan

Peratus (%)

18 - 25

2

13.3

26 -35

7

46.7

36 - 45

2

13.3

46 - 55

2

13.3

55 ke atas

1

6.7

Tiada Data

1

6.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Daripada data yang diperolehi, separuh daripada responden pengunjung antarabangsa adalah mereka yang awal dewasa iaitu lingkungan umur 26-35 tahun yang datang dari pelbagai negara. Kebanyakan mereka datang ke Bukit Bintang adalah untuk membeli belah dan bercuti, tempat yang mereka gemar untuk dikunjungi adalah Pavillion, Planet Hollywood dan Gloria Jeans Café. Imej global di Bukit Bintang dapat menarik perhatian pengunjung antarabangsa kerana mengikut setiap umur responden yang datang ke Bukit Bintang adalah dari pelbagai umur, ini menunjukkan Bukit Bintang amat di minati oleh pengunjung antarabangsa.

Perbincangan: Apabila melihat perbandingan dari kedua-dua data yang diperolehi, di dapati bahawa Bukit Bintang sangat memenuhi citarasa golongan remaja-dewasa dari segenap pelusuk negeri dan negara dengan bertujuan untuk meluangkan masa lapang mereka dan bekerja untuk meningkatkan keperluan asas diri. Kerana itu juga tujuan utama pembinaan Bukit Bintang ini. Justeru itu, konsep keefiesenan dari sudut Bukit Bintang itu telah berfungsi kepada masyarakat setempatnya dan digunakan dengan baik oleh mereka semaksimum mungkin. Imej global yang ditampilkan juga telah menunjukkan peningkatan keupayaan Kuala Lumpur dalam menampung pengunjung tempatan dan antarabangsa dalam memenuhi segala kehendak latarbelakang, pekerjaan dan taraf hidup pengunjung.

3.2.3 PENIAGA DI BUKIT BINTANG

Jenis Perniagaan

Jenis Perniagaan

Bilangan

Peratus (%)

Cafe

4

40

Restoran

5

50

Runcit

1

10

Jumlah

10

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan keputusan kajian di atas 5 daripada 10 responden yang di ambil oleh pengkaji adalah terdiri daripada perniagaan jenis Restoran, antaranya ialah KFC, Kenny Rogers Roster, Planet Hollywod, Lecka-lecka dan Batik Restoran. Kebarangkalian ini juga dapat menunjukkan bahawa di Bukit Bintang terdapat banyak jenis Restoran yang pelbagai pilihan, citarasa dan mempunyai ciri-ciri identiti tersendiri. Peniaga dari luar negara juga mengambil kesempatan untuk membuka cawangannya di Bukit Bintang untuk memenuhi citarasa pengunjung yang datang. Secara kesimpulanya, terdapat banyak jenis perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman di sepanjang Jalan Bukit Bintang.

3.3 LINGUKANG WAKTU

Lingkungan Waktu/Jam berada di Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Waktu

Bilangan

Peratus (%)

8am - 12 pm

4

26.7

5pm - 10pm

8

53.3

10pm - 3am

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan data yang diperolehi, didapati sebanyak 53.3% waktu yang responden selalu berada di Bukit Bintang adalah dalam lingukungan 5 petang hingga 10 malam, diikuti sebanyak 26.7% adalah pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Berikutan daripada hasil kajian ini, kebarangkalian yang wujud pada jam 5 petang hingga 10 malam mendapat peratusan yang tinggi adalah kerana lingkungan selepas waktu kerja manakala 8 pagi hingga 12 tengah hari adalah merupakan waktu kerja bagi kebanyakan responden, dan sebahagian dari mereka selepas waktu kerja mereka masih berada lagi di Bukit Bintang untuk melepaskan penat atau bersantai dan beristirehat di kawasan kemudahan yang disediakan oleh peniaga dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Manakala terdapat juga responden yang datang luar dari kawasan Bukit Bintang dalam lingkungan waktu 5 petang hingga 10 malam, dengan bertujuan datang ke situ untuk mengisi masa lapang mereka.

Lingkungan Waktu/Jam berada di Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Waktu

Bilangan

Peratus(%)

8am - 12 pm

1

6.7

12pm - 5 pm

1

6.7

5pm - 10pm

10

66.7

10pm - 3am

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan data yang di perolehi, kebanyakan responden berada di kawasan Bukit Bintang adalah pada jam 5 petang hingga 10 malam, kebarangkalian besar pengunjung antarabangsa ini lebih gemar untuk keluar atau berada di Bukit Bintang pada waktu begini adalah kerana faktor cuaca. Pada jam 5 petang, suhu di luar tidak begitu panas berbanding pada waktu tengah hari dan ini adalah waktu yang selamat bagi pengunjung luar bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang. Tetapi masih terdapat sebanyak 20% pengunjung antarabangsa berada di Bukit Bintang pada jam 10 malam hingga 3 pagi, dalam hal ini, 3 responden tersebut adalah Arabian yang suka bersiar-siar di waktu begini, selain daripada meluangkan masa di kafe.

Perbincangan: Boleh dikatakan tidak ada perbandingan yang nyata di dalam lingkungan waktu pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi kawasan Bukit Bintang. Waktu petang adalah merupakan waktu yang sesuai untuk beristirehat dan bersiar-siar bersama rakan-rakan setelah habis waktu kerja bagi pengunjung tempatan manakala bagi pengunjung antarabangsa ini adalah cuaca yang sesuai untuk bersiar-siar. Apabila dilihat semula mengikut konsep keefisienan Bukit Bintang melalui persepsi mereka, di dapati bahawa wujudnya satu istilah kelebihan material yang berbentuk wang dan masa, membawa pengunjung untuk bersiar-siar atau dengan erti kata lain membeli belah dan membuang masa di kawasan tersebut dengan membawa imej kepercayaan yang sama kerana waktu 5 – 10 menjadi pilihan kedua-dua kelompok pengunjung.

3.4 PERSEPSI

Perasaan Datang ke Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Perasaan

Bilangan

Peratus (%)

Teruk

1

6.7

Memuaskan

8

53.3

Baik

5

33.3

Sangat Baik

1

6.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Maklumat di atas menunjukkan peratusan mengenai perasaan responden setelah datang ke Bukit Bintang. Maklumat tersebut menunjukkan bahawa 53.3% mengatakan perasaan yang ‘memuaskan setelah datang ke Bukit Bintang diikuti 33.7% merasakan perasaan yang ‘baik’, ‘teruk’ serta ‘sangat baik’ telah berkongsi peratus iaitu 6.7%. Daripada hasil kajian ini berkemungkinan telah menunjukkan bahawa Bukit Bintang masih belum mampu menambat hati pengunjung tempatan dengan baik untuk memberikan persepsi yang sangat baik setelah berada di Bukit Bintang. Kebarangkalian besar ini berlaku kerana sebahagian kawasan di Bukit Bintang terlalu ekslusif untuk penduduk tempatan bagi meluangkan masa kerana kebanyakan responden adalah terdiri dari golongan kelas menengah sedangkan kawasan Bukit Bintang itu lebih kepada menjurus untuk golongan elit, secara tidak langsungnya ia menunjukkan imej global yang baik tetapi dalam masa yang sama menjauhkan lagi jurang antara kelas.

Perasaan Datang ke Bukit Bintang (Pengunjung Antaranbangsa)

Perasaan

Bilangan

Peratus

(%)

Sangat Teruk

1

6.7

Memuaskan

2

13.3

Baik

10

66.7

Sangat Baik

2

13.3

Jumlah

15

100.0

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Merujuk jadual dan graf yang telah dihasilkan daripada kajian lapangan, pengunjung antarabangsa telah meletakkan bahawa perasaan mereka setelah berada di Bukit Bintang adalah pada tahap ‘baik’ iaitu sebanyak 66.7% dan ‘memuaskan’ serta ‘sangat baik’ telah berkongsi peratus sebanyak 13.3%. Ini berkemungkinan besar Bukit Bintang telah menunjukkan imej yang baik kepada pengunjung antarabangsa yang datang ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur seterusnya Malaysia.

Perbincangan: Dalam membandingkan persepsi pengunjung setelah datang ke Bukit Bintang adalah amat membanggakan apabila pengunjung antarabangsa telah memberikan persepsi yang baik dalam konteks pengukuran emosi tentang perasaan mereka sepanjang berada di Bukit Bintang, setelah melihat latar dan mengalaminya sendiri sepanjang beberapa hari di Bukit Bintang. Ini dapat diterangkan di dalam konsep imej global Kuala Lumpur, ia telah mampu mengubah persepsi pengunjung antarabanga tetapi mengapa bukan pengunjung tempatan?, ini terjadi mungkin kerana berkaitan latarbelakang penduduk tempatan yang lebih pengalaman berbanding pengunjung antarabangsa tentang perasaan setelah datang ke Bukit Bintang.

3.5 FAKTOR PENYUMBANG PENGARUH KEEFISIENAN DI BUKIT BINTANG DALAM MENJANA IMEJ GLOBAL KUALA LUMPUR.

3.5.1 Desakan Globalisasi dalam kawasan Bukit Bintang

(a) Kemudahan Alat Telekomuniksi dan Komunikasi (Pengunjung Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Sangat Teruk

1

6.7

Memuaskan

5

33.3

Baik

7

46.7

Sangat Baik

2

13.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang dikaji, 46.7% mengatakan bahawa kemudahan alat telekomunikasi seperti internet (Wi-Fi) dan phone coverage di kawasan Bukit Bintang adalah ‘baik’ diikuti tahap memuaskan sebanyak 33.3%. Manakala 2 responden iaitu mewakili 13.3% mengatakan bahawa kemudahan tersebut sangat baik dan sebaliknya sebanyak 6.7% mengatakan sangat teruk. Dengan adanya kemudahan telekomunikasi ini imej global di Bukit Bintang amat memberangsangkan bagi pendapat penduduk tempatan kerana kebanyakan seluruh kawasan di Bukit Bintang terutama sekali di restoran-restoran bertaraf antarabangsa seperti Starbuck Coffee, Coffee Bean dan Planet Hollywood menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di restoran mereka. Manakala phone coverage juga bertambah baik dengan adanya Maxis dan Celcom Broadband yang memudahkan penduduk tempatan melayari internet sambil menggunakan khidmat SMS dan panggilan telefon dengan menggunakan Maxis atau Celcom Broadband.

(b) Kemudahan Alat Telekomuniksi dan komunikasi (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus(%)

Sangat Teruk

1

6.7

Teruk

1

6.7

Memuaskan

4

26.7

Baik

8

53.3

Sangat Baik

1

6.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat di atas, kemudahan alat telekomunikasi seperti (Wi-Fi) dan phone coverage di Bukit Bintang adalah ‘baik’ bagi pengunjung antarabangsa iaitu memiliki peratusan sebanyak 53.3%. di ikuti ‘memuaskan’ sebanyak 26.7% dan ‘sangat baik’ sebanyak 6.7%. keputusan dari kajian ini memang telah dijangkakan kerana sepanjang pemerhatian di Jalan Bukit Bintang terutamanya di Starbuck’s Coffee, Coffee Bean dan beberapa restoran atau kafe yang berhampiran di situ, terdapat ramai di kalangan pengunjung antarabangsa yang menggunakan khidmat Wi-Fi yang disediakan oleh pemilik restoran atau kafe tersebut. Tetapi terdapat juga komen dari pengunjung antarabangsa, yang menyatakan bahawa khidmat Wi-Fi di kawasan Bukit Bintang itu sangat-sangat sesak. Ini berkemungkinan daripada terlalu ramai pengunjung yang datang menggunakan khidmat Wi-Fi di situ.

Perbincangan: Desakan globalisasi ini adalah merujuk kepada kemudahan alat telekomunikasi dan komunikasi kedua-dua kelompok pengunjung. Terdapatnya persefahaman persepsi di kalangan kedua-dua kelompok pengunjung mengenai persepsi mereka terhadap kemudahan Wi-Fi dan Phone Coverage.

3.5.2 Komponen yang dapat mempengaruhi keefisienan dan imej global kawasan Bukit Bintang.

(a) Layanan dan Khidmat Pelanggan

Persepsi Bias dalam Layanan Perkhidmatan Peniaga (Pengunjung Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Ya

7

46.7

Tidak

8

53.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Dalam hasil dapatan kajian ini, didapati bahawa 53.3% menyatakan tidak bias dalam layanan yang diberikan oleh peniaga terhadap responden berbanding dengan pelancong asing yang datang di Bukit Bintang. Manakala 46.7% menyatakan ya ada bias dalam layanan perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga kepada mereka. Barangkali ini telah menunjukkan imej global Kuala Lumpur di Bukit Bintang adalah baik dari persepsi responden yang di temui, ini mungkin juga adalah kerana Bukit Bintang itu merupakan pusat perancangan dan perkhidmatan termaju di kawasan Kuala Lumpur.

Persepsi Bias dalam Layanan Perkhidmatan Peniaga (Pengunjung Asing)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Ya

12

80

Tidak

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Dalam hasil dapatan kajian ini, 80% menyatakan ‘ya’ berlakunya bias dalam layanan yang diberikan oleh peniaga terhadap responden berbanding penduduk tempatan yang datang di Bukit Bintang. Manakala 20% menyatakan ‘tidak’ bias dalam layanan perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga kepada mereka. Dari sini juga telah menunjukkan bahawa imej global yang di bawa oleh kawasan Bukit Bintang ini tidak tercapai, kerana majoriti daripada 15 orang responden pengunjung antarabangsa berpendapat bahawa layanan peniaga-peniaga di situ adalah bias, setelah diselidiki kebanyakan pengunjung antarabangsa ini berpendapat pelayan-pelayan di Bukit Bintang ‘rude’, ini berkemungkinan besar, pelayan-pelayan di situ menggunakan ungkapan Bahasa Inggeris yang mudah. Contohnya, adalah lebih baik menggunakan perkataan ‘could’ daripada ‘can’, atau berkemungkinan pelayan-pelayan tersebut tidak pandai berbahasa inggeris dan membiarkan sahaja pengunjung itu di tempatnya tanpa di layani. Tetapi terdapat dua orang responden yang datang dari Indonesia mengatakan bahawa layanan yang diberikan oleh peniaga kepadanya tidak bias ini berkemungkinan faktor bahasa yang digunakan adalah sama.

Perbincangan: Secara kesimpulannya daripada perbandingan di atas wujudnya persefahaman yang bercanggah tentang persepsi mengenai layanan dan khidmat pelanggan oleh kawasan Bukit Bintang. Kebarangkalian ini telah membuktikan bahawa kefisienan dan imej global di Kuala Lumpur umumnya dan Bukit Bintang khususnya belum mencapai tahap yang dapat dikongsi bersama dalam konsep keefisienan dan imej sesebuah bandar itu.

Tahap Kepuasan Hiburan yang ada di Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Sangat Teruk

1

6.7

Teruk

1

6.7

Memuaskan

9

60.0

Baik

3

20.0

Sangat Baik

1

6.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tahap kepuasan hiburan di Bukit Bintang adalah di tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 60% dan 20% menyatakan baik manakala yang selebihnya adalah 6.7% bagi sangat teruk, teruk dan sangat baik, ini telah menunjukkan bahawa Imej Global yang dipersembahakan bagi Bukit Bintang dari segi kepuasan hiburan adalah hampir-hampir mewakili keseluruhan tahap kepuasan dalam berhibur oleh penduduk tempatan, kerana terdapat banyak pusat hiburan yang bertaraf antarabangsa seperti Planet Hollywood, The Ship dan hiburan santai yang selalunya di adakan di depan Maybank yang berhadapan dengan Lot 10.

Tahap Kepuasan Hiburan yang ada di Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Sangat Teruk

1

6.7

Teruk

1

6.7

Memuaskan

7

46.7

Baik

6

40

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tahap kepuasan hiburan di Bukit Bintang adalah di tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 46.7 dan 40% menyatakan baik manakala yang selebihnya adalah 6.7% bagi sangat teruk dan teruk ini telah menunjukkan bahawa Imej Global yang dipersembahakan bagi Bukit Bintang dari segi kepuasan hiburan adalah hampir-hampir mewakili keseluruhan tahap kepuasan dalam berhibur oleh pengunjung antarabangsa, kerana terdapat banyak pusat hiburan yang bertaraf antarabangsa seperti Planet Hollywood, The Ship, Thai Cowboy CafĂ© dan Lecka-lecka yang berada di Jalan Bukit Bintang dan tempat-tempat hiburan yang berhampiran dengan Jalan Bukit Bintang seperti Zouk di Jalan P.Ramlee, Modesto’s, Aloha, Hard Rock CafĂ© serta Golden Screen Cinema di Pavillion dan hiburan santai yang selalu di adakan di depan Bangunan Maybank yang berhadapan dengan Lot 10.

Perbincangan: Memang tidak di nafikan persepsi pengunjung tentang kepuasan hiburan di Bukit Bintang ini adalah pada tahap yang memuaskan oleh kedua-dua kelompok pengunjung. Boleh dikatakan ke sinilah material yang telah dibazirkan oleh pengunjung apabila sebuah kawasan sudah mengalami tahap pembangunan yang efisienan, tetapi ini merupakan dari sudut negatif tentang keefisienan seperti yang dinyatakan di pendahuluan. Walaubagaimana pun, dengan cara ini juga kesan globalisasi dapat di sebarkan dengan berkiblatkan kepada budaya global atau budaya hibrid.

Citarasa di Restoran Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Citarasa

Bilangan

Peratus (%)

Ya

8

53.3

Tidak Pasti

4

26.7

Tidak

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berpandukan kajian yang telah dijalankan ke atas responden tentang restoran yang berada di Bukit Bintang, dengan melihat kepada citarasa mereka, didapati 53.5% mengatakan ‘ya’ dan setengah daripada mereka menyatakan ‘tidak pasti’ bagi citarasa mereka untuk restoran di Bukit Bintang. Peratusan yang agak memberangsangkan ini telah menunjukkan Bukit Bintang mempunyai imej global dari segi jenis citarasa pengguna dengan adanya restoran yang pelbagai pilihan dan jenis makanan sama ada dalam dan luar negara telah menarik minat responden untuk mengatakan ya dalam soal selidik yang lepas. Manakala yang mengatakan tidak hanyalah 3 daripada 15 responden yang mewakili peratusan sebanyak 20%.

Citarasa di Restoran Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus(%)

Ya

5

33.3

Tidak Pasti

8

53.3

Tidak

2

13.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berpandukan kajian yang telah dijalankan ke atas responden tentang restoran yang berada di Bukit Bintang, dengan melihat kepada kepenuhan citarasa mereka di Bukit Bintang, didapati 53.3% mengatakan ‘Tidak Pasti’ dan 33.3% mengatakan ‘Ya’ bagi citarasa mereka dapat di penuhi di restoran di Bukit Bintang. Ini menunjukkan peratusan yang agak kabur bagi reponden pengunjung antarabangsa. Kebarangkalian ini berlaku adalah kerana mereka belum menjelajah setiap genap Bukit Bintang untuk menikmati hidangan yang mereka inginkan. Jika dilihat dari segi imej global yang di bawa oleh Bukit Bintang, terdapat berpuluh restoran yang datang dari negara-negara luar seperti Naab (Iranian), Tarbush (Arabian), Sakae Sushi (Japanese) dan bermacam lagi, juga terdapat restoran tempatan yang menyediakan perkhidmatan mengikut citarasa Arabian iaitu perkhidmatan ‘SheeSha’.

Perbincangan: Walaupun citarasa makanan sangat penting dalam memperkenalkan Malaysia kepada pengunjung antarabangsa, masih terdapat ramai pengunjung yang tidak lagi mencuba mahupun merasa masakan tempatan atau negara asal mereka sendiri. Dari segi ini keefisieanan Bukit Bintang masih lagi di tahap awalan, untuk memberikan kepercayaan kepada pengunjung antarabangsa supaya menjamah restoran-restoran yang ditawarkan kepada mereka. Sudah pastinya berlainan dengan pengunjung tempatan yang senang untuk bertandang ke mana-mana saja restoran yang ada di Bukit Bintang.

Secara kesimpulan melalui pembolehubah layanan dan khidmat pelanggan di kawasan Bukit Bintang mengikut konteks asas keefisienan dan imej global sesebuah bandar, Bukit Bintang masih lagi berada di peringkat pertengahan untuk mencapai tahap keefisienan yang menyeluruh dalam membangunkan dan mentadbir sesebuah kawasan, manakala imej global yang ditonjolkan oleh Kuala Lumpur melalu konsep asasnya dia mampu untuk menunjukkan dengan lebih baik lagi, tetapi dari segi keefisienan dan imej global mengikut Morshidi Sirat, Bukit Bintang telah mencapai tahap keefisienan yang baik dari segi luarannya tetapi dalamannya masih perlu di perbaiki terutama sekali kepada pekerja-pekerja yang bekerja di sekitaran itu perlu mempunyai penampilan, motivasi, kefasihan dan keyakinan yang tinggi sebelum bekerja di kawasan Bukit Bintang.

(b) Tahap Kepenggunaan Kemudahan Fasilitis

Harga Barang dan Perkhidmatan di Bukit Bintang (Pengunjunga Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Sangat Teruk

1

6.7

Teruk

1

6.7

Memuaskan

13

86.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Melalui data yang telah dikaji, faktor harga barang dan perkhidmatan tidak menjadi masalah bagi pengunjung tempatan yang datang ke Bukit Bintang. Kebarangkalian ini telah menunjukkan bahawa imej global yang di bawa oleh. Bukit Bintang adalah memuaskan dengan mendapat sebanyak 86.7%, iaitu majoriti daripada 15 orang responden.

Harga Barang dan Perkhidmatan di Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus(%)

Sangat Teruk

1

6.7

Teruk

2

13.3

Memuaskan

7

46.7

Baik

5

33.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Melalui data yang telah dikaji, faktor harga barang dan perkhidmatan tidak menjadi masalah bagi pengunjung antarabangsa yang datang ke Bukit Bintang. Kebarangkalian ini telah menunjukkan bahawa imej global yang di bawa oleh. Bukit Bintang adalah ‘memuaskan’ dengan mendapat sebanyak 46.7% dan 33.3% berpendapat faktor harga ini adalah ‘baik’. Ini tidak menjadi sebarang masalah bagi pengunjung yang datang dari negara timur tengah dan barat tentang pertukaran wang ke dalam Ringgit Malaysia.

Perbincangan: Tidak menjadi masalah untuk faktor harga barangan dan perkhidmatan di Kawasan Bukit Bintang bagi kedua-dua kelompok pengunjung, ini telah menyakinkan bahawa konsep keefisienan Bukit Bintang dalam faktor ekonomi adalah sangat matang melalui persepsi oleh 30 orang pengunjung tersebut. Ini juga berkaitan dengan faktor imej latarbelakang pengunjung yang ditemubual. Dengan erti kata lain, mengikut 30 persepsi pengunjung mendapati bahawa keefisienan Bukit Bintang berada di tahap yang stabil.

Jenis Pengangkutan yang Digunakan (Pengunjung Tempatan)

Pengangkutan

Bilangan

Peratus (%)

Bas

1

6.7

Teksi

1

6.7

Tren/Train

1

6.7

Lain-lain

12

80

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Merujuk kepada keputusan analisis data tentang jenis pengangkutan, di dapati bahawa pengunjung tempatan lebih gemar menggunakan pengangkutan sendiri berbanding pengangkutan awam yang di sediakan di Bukit Bintang. Majoriti daripada responden mengatakan bahawa lebih senang untuk membawa kenderaan sendiri berbanding menggunakan pengangkutan awam apatah lagi jika waktu larut malam, hanya perkhidmatan teksi yang disediakan dengan mengenakan kadar bayaran yang tinggi pada larut malam dan awal pagi. Kebanyakan responden tidak kisah dengan kesesakan lalu lintas berbanding menaiki pengangkutan awam.

Jenis Pengangkutan yang Digunakan (Pengunjung Antarabangsa)

Pengangkutan

Bilangan

Peratus

Teksi

8

53.3

Tren/Train

5

33.3

Lain-lain

2

13.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Merujuk kepada keputusan analisis data tentang jenis pengangkutan, di dapati bahawa pengunjung antarabangsa lebih gemar menggunakan teksi berbanding pengangkutan awam yang lain di sediakan di Bukit Bintang. Kebanyakan responden menggunkan’ teksi’ adalah bertujuan supaya mudah untuk sampai ke tempat yang dituju atau tempat yang dicari oleh mereka. Tetapi, terdapat banyak komen yang dengar dari mereka, bahawa perkhidmatan teksi di Malaysia sangat teruk, kerana setiap kali pengunjung asing menaiki teksi mereka, pemandu teksi akan mengenakan bayaran yang tinggi tanpa menggunakan meter yang disediakan di bahagian depan teksi. Selain daripada itu mereka berpendapat pemandu teksi Malaysia agak kurang sopan apabila berkomunikasi dengan mereka. Ada pengunjung yang datang dari Arab sangat tidak berpuas hati dengan pemandu teksi di Malaysia dan mengatakan teksi di Indonesia lebih baik berbanding di Malaysia.

Perbincangan: Melalui jenis pengangkutan yang digunakan oleh pengunjung untuk sampai ke Bukit Bintang adalah sangat songsang hubunganya antara pengunjung tempatan dan pengunjung antarabangsa, ini berlaku kerana pengunjung tempatan mempunyai kenderaan sendiri manakala pengunjung antarabangsa tidak. Tetapi masalah yang diutarakan tetap sama iaitu tambang teksi sangat mahal di kenakan cas oleh pemandu teksi apatalah lagi apabila pengunjung antarabangsa yang meminta pertolongan. Tambahan lagi, pemandu-pemandu teksi hilang sopan santunnya apabila berkomunikasi. Ini juga dapat dikaitkan dengan pembolehubah yang pertama iaitu, cara layanan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Mahu atau tidak pengunjung antabangsa terpaksa juga menggunakan khidmat teksi ini. Dari segi ini konsep asas imej global itu tidak dapat lagi ditonjolkan oleh Kuala Lumpur dan Bukit Bintang dengan baik. Kerana masalah ini adalah merupakan masalah yang berleluasa sekitar Lembah Kelang.

Kemudahan Shopping Mall di Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus

Teruk

1

6.7

Memuaskan

5

33.3

Baik

6

40

Sangat Baik

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, 40% kebanyakan responden menyatakan kemudahan shopping mall di Bukit Bintang adalah di tahap yang ‘baik’ diikuti dengan 33.3% menyatakan ‘memuaskan’ ini menunjukkan tahap kemudahan di shopping mall masih lagi belum mencapai tahap global sepenuhnya kerana masih terdapatnya 6.7% menyatakan kemudahan yang disediakan adalah pada tahap yang ‘teruk’. Walaupun pusat kemudahan shopping mall yang baru telah dibuka iaitu Pavillion yang memerlukan belanja yang besar bagi memenuhi ciri-ciri sebagai pusat pengeluar utama di situ sehingga terpaksa merobohkan Bukit Bintang Girl’s School dan Seventh Day Adventist Church. Tetapi di dalam kajian ini kebanyakan responden lebih gemar pergi ke Sungei Wang Plaza berbanding Pavillion yang baru di buka.

Kemudahan Shopping Mall di Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus(%)

Memuaskan

8

53.3

Baik

6

40

Sangat Baik

1

6.7

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, responden pengunjung antarabangsa berpendapat shopping mall di Bukit Bintang adalah pada tahap yang ‘memuskan’ dengan memperolehi sebanyak 53.3%, di ikuti oleh ‘baik’ sebanyak 40% dan ‘sangat baik’ 6.7%. dengan keputusan dari analisis ini kebarangkalian dapat di simpulkan bahawa pengunjung antarabangsa berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan oleh shopping mall yang berada di kawasan Bukit Bintang seperti, BB Plaza, Sungei Wang Plaza, Lot 10, KL Plaza, Low Yat Plaza dan yang terbaru ialah Pavilion.

Perbincangan: Melalui persepsi ini, ia boleh dikatakan berada dalam keadaan yang seimbang. Kehadiran shopping kompleks yang tumbuh bagaikan cendawan gergasi di tengah- tengah Bukit Bintang telah merambangkan mata pengunjung untuk membeli belah, window shopping dan bersiar-siar bersama rakan, keluarga, dan pasangan. Melalui persepsi kedua-dua kelompok pengunjung ini dapat disimpulkan bahawa konsep utama yang dikemukakan oleh Morshidi Sirat tentang keefisienan imej bandaraya global itu sangat memenuhi kehendak mereka melalui aspek yang terakhir beliau iaitu pasaran bagi produk dan inovasi yang dihasilkan.

Secara keseluruhan melalui pembolehubah tahap kepenggunaan kemudahan fasilitis ini, apabila dilihat dan diamati faktor fizikalnya amat memberangsangkan kerana melihat daripada persepsi yang diberikan oleh 30 pengunjung mereka berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan di Bukit Bintang, tetapi kekurangannya adalah dari segi faktor dalaman iaitu sikap penduduk tempatan sendiri yang terdiri daripada pekerja-pekerja teksi terutamanya yang membuatkan taraf imej dan keefisienan bandaraya Kuala Lumpur dan Bukit Bintang itu sendiri mengalami imej yang negatif.

(c) Tahap Keselamatan Sosial

Tahap Keselamatan di Bukit Bintang (Pengunjung Tempatan)

Persepsi

Bilangan

Peratus (%)

Ya

6

40

Tidak Pasti

6

40

Tidak

3

20

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Menurut maklumat yang telah diperolehi dari kajian, berkemungkinan bahawa tahap keselamatan di Bukit Bintang adalah ditahap yang agak kurang memberangsangkan dimana ‘ya’ dan ‘tidak pasti’ telah berkongsi peratus iaitu sebanyak 40%. Kebarangkalian jawapan ini mampu menunjukkan bahawa Bukit Bintang adalah selamat untuk penduduk tempatan bagi mereka yang sering ke Bukit Bintang dan kurang selamat bagi responden yang mengatakan tidak pasti. Mungkin, responden yang ‘tidak pasti’ tidak pernah mengalami sebarang gangguan atau perkara yang tidak diingini sepanjang berada di Bukit Bintang.

Tahap Keselamatan di Bukit Bintang (Pengunjung Antarabangsa)

Persepsi

Bilangan

Peratus(%)

Ya

5

33.3

Tidak Pasti

5

33.3

Tidak

5

33.3

Jumlah

15

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, peratusan yang agak kabur kebarangkalian dapat disimpulkan di sini kerana ketiga-tiga persepsi iaitu ‘ya’, ‘tidak pasti’ dan ‘tidak’ tentang keselamatan sosial di Bukit Bintang adalah sama iaitu masing-masing membawa peratus sebanyak 33.3%. Daripada keadaan ini, jika di lihat dari segi imej global di Bukit Bintang itu, mungkin dapat di nilai dari sudut yang berlainan bagi setiap responden yang menjawab soalan tersebut. Contonhnya seorang responden dari UAE telah membuat perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau berkata Malaysia lebih selamat berbanding Indonesia, di Indonesia sukar untuk bersiar-siar pada waktu larut malam, tidak seperti di Bukit Bintang yang bebas untuk ke mana sahaja tanpa rasa takut untuk keluar pada larut malam, akan tetapi menurut laporan Balai Polis Dang Wangi pengunjung dari UAE yang sering membuat laporan di Balai Polis. Di sini, dapat disimpulkan bahawa tahap keselamatan sosial di Bukit Bintang adalah pada tahap yang sederhana baik selepas meninjau kadar jenayah perbandingan mengikut tahun 2007 dengan 2008.

Perbincangan: Keselamatan sosial di kawasan Bukit Bintang adalah pada tahap yang sekata dengan memperolehi peratusan yang agak sama kepada kedua-dua kelompok pengunjung tersebut. Walaupun terdapat kadar jenayah yang banyak di kawasan Bukit Bintang, pengunjung tempatan masih merasa selamat sepanjang berada di Bukit Bintang, begitu juga pengunjung antarbangsa, mereka merasakan bahawa tahap keselamatan sosial di kawasan Bukit Bintang adalah selamat jika dibandingkan dengan negara lain.

Perbandingan Jenayah Kawasan Bukit Bintang Januari – Mac 2007/2008

Walaupun berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Balai Polis terdekat selain daripada CCTV, pendekatan lain yang digunakan bagi menjaga keselamatan Bukit Bintang ialah seperti Bit/Patrol/Ronda Bersepadu serta lawatan sector oleh anggota, rondaan kereta peronda oleh anggota polis, operasi berkala, operasi khas pencegahan jenayah, pemeriksaan ke atas orang sekatan dan pengawasan dan undang-undang pencegahan telah dilakukan, masih lagi tahap keselamatan itu di ragui oleh penduduk tempatan. Terdapat dua jenis kes yang dilaporkan kepada polis di Bukit Bintang iaitu Jenayah Keganasan dan Jenayah Harta Benda.

Kes/ Haribulan

Jan - Mac 2007

Jan - Mac 2008

Peratus (%)

A. Jenayah Keganasan

Bunuh

1

1

Rogol

0

0

Cabul Kehormatan

0

0

-46.2

Samun Bersenjata Api

13

7

Samun T/S/ Api

0

0

Samun Berkawan T/S/Api

3

16

433.3

Samun Berkawan S/Api

0

0

Pemerasan

0

2

100

Ugutan Jenayah

5

1

-80

Merusuh

0

1

100

Mendatangkan Cedera

3

3

JUMLAH 'A'

25

31

24

B. Jenayah Harta Benda

Ragut

13

8

-38.5

Lain-Lain Kecurian

58

48

-17.2

Curi Van/Lori

0

0

Curi Motokar

0

5

100

Curi Motosikal

37

37

Pecah Rumah Siang Hari

1

0

-100

Pecah Rumah Malam Hari

5

11

120

JUMLAH 'B'

114

109

-4.4

JUMLAH 'A' + 'B' 2008

139

140

0.7

(Sumber: Balai Polis Dang Wangi)

Melalui maklumat yang telah diberikan oleh Pegawai Polis di Balai Polis Dang Wangi, jenis jenayah bagi kawasan Bukit Bintang terbahagi kepada 2 iaitu Jenayah Keganasan dan Jenayah Harta Benda. Perbandingan secara keseluruhan menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam jenayah keganasan iaitu sebanyak 7.75% antara tahun 2007 dengan 2008. Manakala Jenayah Harta Benda mengalami penurunan sebanyak - 4.3% antara tahun 2007 dengan 2008. Walaupun Jenayah Harta Benda mengalami penurunan tetapi setiap jenis kes di dalamnya menunjukkan angka yang agak tinggi berbanding Jenayah Kegaanasan. Keadaan ini boleh mencemarkan imej global yang di tonjolkan Bukit Bintang walaupun selain CCTV yang di pasang di merata tempat, rondaan juga sering dilakukan, tetapi masih berlaku jenayah yang tidak diingini. Tambahan lagi, jumlah keseluruhan juga meningkat berbanding tahun 2007 dengan 2008 apabila di campurkan kedua-dua jenis jenayah.

3. 6 PERNIAGAAN DI BUKIT BINTANG

Secara umumnya, kawasan Bukit Bintang menempatkan pelbagai jenis perniagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perlesenan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah seperti berikut:

Jenis Perniagaan

Bil.

Jenis Perniagaan

Bil.

Perniagaan Alat Komunikasi dan Telekomunikasi

147

Kedai Kamera, Foto dan Filem

11

Butik Pakaian

161

Kedai Kosmetik

19

Restoran

145

Pusat/Kedai Kesihatan

27

Restoran, Pub dan Kafe

40

Snuker

4

Kedai Kasut dan Beg

20

Rumah Urut

34

Aksesori Motor

5

Kedai Barangan Kulit dan Stor

10

Kedai Ais Krim

4

Kedai Borong

19

Kedai Buku

4

Rumah Tumpangan

3

Perabot

12

Aksesori Sukan

4

Kedai Barangan Elektrik

24

Kedai Kek dan Roti

11

Kafe/Cyber cafe

64

Hotel

8

Kedai Permainan Kanak-kanak

8

Kedai Optik

5

Aksesori Wanita dan Lelaki

105

Sauna

1

Kedai Fotostat dan Papan Tanda

2

Salon

92

Kedai Peralatan Logam

2

Joki Kereta

2

Kedai Teh

4

Kedai Jahitan

1

Kedai Menjual Madu

5

Bilik Pameran dan Lounge

11

Agensi Pelancongan dan Pekerjaan

8

Seni Lukis

1

Kedai Muzik

1

Kedai Minuman Keras

4

Membuat Keluaran Tiada dalam Undang-undang Kecil

1

Lain-lain

3

(Sumber: Jabatan Perlesenan DBKL) (Jumlah Keseluruhan =1,032)

Daripada jadual di atas, secara keseluruhannya kawasan Bukit Bintang banyak memaparkan jenis perniagaan yang berbentuk global seperti perniagaan alat komunikasi dan telekomunikasi yang sentiasa perlu diberikan perhatian kerana alat-alat ini akan mempunyai keluaran baru setiap minggu. Dan sudah menjadi lumrah bahawa pusat pakaian akan menjadi jenis perniagaan yang utama di Bukit Bintang. Selain dari itu restoran juga banyak di tubuhkan di kawasan Bukit Bintang bagi menarik ramai pengunjung yang datang ke Bukit Bintang.

3.6.1 Peniagaan ditubuhkan di Bukit Bintang

Tahun Penubuhan

Bilangan

Peratus (%)

3 Bulan - 1 Tahun

2

20

2 - 10 Tahun

5

50

11 - 20Tahun

1

10

20 - 30 Tahun

2

20

Jumlah

10

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Berdasarkan jadual yang diperolehi dari data peniaga, di dapati kebanyakan perniagaan mereka ditubuhkan sudah 2 – 10 tahun, ini menunjukkan bahawa setelah Bukit Bintang di komersialkan sebagai pusat consumption sejak tahun 1999 oleh YTL Group menyebabkan banyak firma perniagaan mengambil peluang untuk membuka dan beroperasi di kawasan Bukit Bintang bagi memenuhi kehendak kerajaan ketika itu. Kini Bukit Bintang lebih mementingkan imejnya dalam mempersembahakan konsep global di mata dunia.

3.6.2 Harga Satu Lot Kedai yang di Sewakan

Harga Se-lot Kedai

Bilangan

Peratus (%)

10 - 15 Ribu

2

20

15 - 30 Ribu

3

30

30 - 45 Ribu

2

20

45 - 100 Ribu ke atas

2

20

Kerahsiaan

1

10

Jumlah

10

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Daripada hasil kajian tersebut di dapati bahawa sewa satu tapak perniagaan yang sering dikenakan ke atas peniaga adalah berjumlah RM15-30 ribu. Kebanyakan harga ini di bayar oleh peniaga yang membuka kafe atau restorannya dalam ruang yang sederhana besar dan kebanyakannya tidak berada di dalam bangunan, kerana ia berada di persisiran jalan di Bukit Bintang bagi mewujudkan konsep yang eksotik yang sesuai dengan imej global.

3.6.3 Tinjauan Kementerian Kesihatan

Bilangan Tinjauan

Bilangan

Peratus (%)

2 Minggu - 3 Bulan Sekali

3

30

3 Bulan - 1 Tahun Sekali

2

20

TidakTentu

3

30

Tidak Langsung

2

20

Jumlah

10

100

(Sumber: Kajian Lapangan, April 2008)

Mengikut keputusan kajian yang dijalankan, pihak Kementerian Kesihatan telah meninjau setiap permis responden di kawasan Bukit Bintang dengan baik, keputusan yang agak memberangsangkan ini juga telah mendapat kejutan kerana ada terdapat 2 daripada 10 permis pernigaan jenis restoran atau kafe yang tidak di tinjau oleh Kementerian Kesihatan. Kemusykilan ini sukar untuk di jawab dengan menggunakan hipotesis selain mengadakan kajian yang lebih terperincin.

Secara keseluruhan di dalam kegiatan perniagaan di kawasan Bukit Bintang rata-rata perniagaan di situ berkembang setelah saranan oleh kerajaan supaya membangunkan kawasan Bukit Bintang sebagai sebuah pusat komersial. Bermula daripada misi yang dibawa oleh kerajaan sehinggalah kepada pelaksanaannya oleh YTL Group dalam menyahut cabaran globalisasi oleh dunia. Terdapat sebanyak 1032 buah kedai yang beroperasi di Bukit Bintang dengan kadar sewa yang tinggi mengikut standard global dan tinjauan dari Jabatan Kesihatan yang teratur dapat melihat keefisienan sebuah bandar yang bertaraf imej global, tetapi masih lagi terdapat kekurangnya dari segi aspek secara keseluruhan, di mana masih lagi terdapat penjajaan yang tidak berlesen serta tinjauan Jabatan Kesihatan yang tidak menyeluruh.

PENUTUP

Imej global yang di bawa oleh Kuala Lumpur telah menyerap sepenuhnya ke kawasan Bukit Bintang, ianya dapat dilihat dari segi latarbelakang, tenaga profesional, taraf penduduk dan kepercayaan atau ideologi yang sama telah membawa kepada keefisienan Bukit Bintang. Keefisienan Bukit Bintang adalah merupakan suatu yang subjektif untuk mengukurnya secara keseluruhan, kerana segala maklumat ini hanyalah sebahagian daripada populasi di Bukit Bintang. Secara kesimpulannya, keefisienan Bukit Bintang ini sangat menitikberatkan faktor-faktor fizikal contohnya kemudahan pengangkutan awam, kemudahan tempat membeli belah dan kemudahan hiburan. Tetapi kawasan ini kurang untuk menitikberatkan hal-hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan integriti umat di dalamnya. Menurut daripada data-data yang di perolehi daripada 30 responden pengunjung dan 10 responden peniaga telah mendapati bahawa ia memang menunjukkan ciri-ciri keefisienan Bukit Bintang yang bersifat cekap tetapi bukan keseluruhannya, kerana masih terdapat lagi rungutan dan aduan daripada pihak keselamatan atau pihak media tentang ketidakefisienan Bukit Bintang itu. Oleh itu, untuk mencapai status atau tahap keefisienan secara sepenuhnya, masalah-masalah yang dihadapi oleh pengunjungi tempatan dan pelancong asing ke Bukit Bintang terdahului perlu diteliti dan disusuli dengan tindakan yang efektif terutamanya terhadap pemandu teksi di sana.

RUJUKAN

Balai Polis Dang Wangi

Chandran Jeshurun & Azizah Mokhzani. 2004. KL Corporate Capital Cultural Cornucopia. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Bhd.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Frederick Winslow Taylor. 1890. Effciency Movement. United States

H. Berber 2003. Journey Through Kuala Lumpur

Hamzah Jusoh. 2006. Kuala Lumpur dalam Sistem Jaringan Bandaraya Global. Tesis Ph.D. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Alam Bina.

Morshidi Sirat. 2002. Proses Globalisasi dan Trasformasi Bandaraya: ISu. Peluang dan Cabaran bagi Kuala Lumpur. Penang: Universiti Sains Malaysia Press.

Morshidi Sirat & Suriati. 1998. Globalisasi, Aktiviti-Aktiviti Ekonomi dan Perubahan Lanskap Bandar- Kes di Kuala Lumpur, Malaysia. Jurnal Ilmu Kemanusiaan 4:63 -82.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. Kerajaan Malaysia

Rahim & Co. Research.1992. The KL Property Market: A Forecast of Tends 1992-2007. Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn. Bhd.

Sassen S. 1994. Cities in an World Economy. Thousand Oaks: Fine Gorge Press.

Sean Sheehan. 2004. Portrait of Kuala Lumpur

_______________.2004. Insider’s Kuala Lumpur. Lamseng Fatt: Times Editions.

LAMPIRAN

Testimonial

Mr. Omar berusia 32 tahun mengatakan tentang kesan;

“are factor that can effect image of Jalan Bukt Bintang is the Wi-Fi is very-very traffic”.

Mr. Salim Rahman berusia 38 tahun mengatakan kesan;

“are factor that can effect image of Jalan Bukit Bintang are shop owner’s or stuff atituted towards foreigners should be good”.

Mr. Owmar berusia 23 tahun mengatakan tentang keselamatan di Bukit Bintang;

“the problem is Saturday, because so many maily children doing something, people can’t work or move also can’t understand. What’s they are want and too much noise and lady boy”

Mr. Ahmad Hassan berusia 50 tahun mengatakan tentang pengangkutan awam dan keselamatan sosial di Bukit Bintang;

“Many cab drivers are very bad and refuse to use taxi mater, so they actually ask you, where do you go? They can accept or refuse, if accept they ask you to pay 400% to 500% of the real cost??? But only drives are very bad, all Malaysian are safe”.

Mr. Mohamed Plaumi berusia 31 tahun mengatakan tentang kemudahan alat telekomunikasi, penangkutan awam dan keselamatan serta kesan ;

“Teksi tidak mengikut harga sendiri dan tidak memasang undang-undang meter…hanya maxis mendapat liputan…keselamatan tidak selamat dan teruk sekali di pandang pelancong…bunyi bising dan kebersihan yang tidak dapat tandingi Singapura”.

Mr. Ali Harajli berusia 36 tahun menatakan tentang citarasa, pengangkutan awam dan kesan;

“ Yes, very will…because the taxi very bad…busy street”.